BSN SSP perkenal tujuh kategori cabutan baharu

BeritaHarian Fri, Jan 21, 2022 11:34am - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) meneruskan komitmen menggalakkan tabiat menyimpan dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) dengan memperkenalkan tujuh kategori baharu pada 2022, berbanding hanya enam kategori tahun lalu.

Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil, berkata ia menambah baik jumlah kategori cabutan dengan memperkenalkan kategori baharu iaitu Cabutan Jantina yang menawarkan dua pemenang lelaki dan wanita membawa pulang hadiah hebat yang ditawarkan pada Jun dan Disember 2022.

Beliau berkata, setakat Disember 2021, BSN mempunyai sejumlah 4.35 juta penyimpan dengan jumlah simpanan melebihi RM4.65 bilion.

"Sementara itu, bagi penyimpan baharu, kami mempunyai seramai lebih 100,000 penyimpan.

"Melalui penambahan kategori baharu ini, kami berharap dapat menyuntik semangat rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, usia dan golongan pendapatan untuk terus menyimpan dalam BSN SSP," katanya dalam satu kenyataan.

BSN baru-baru ini turut mengumumkan pemenang Cabutan Istimewa bagi bulan Disember 2021, dengan penyimpan dari Sabah dan Kelantan menjadi jutawan ke-70 dan ke-71, sekali gus membawa pulang BSN SSP RM1 juta setiap seorang.

Selain itu, BSN turut mengumumkan pemenang kategori Cabutan Bulanan Negeri, Cabutan Penyimpan Muda, Cabutan Penyimpan Baharu,

Cabutan Kesetiaan (Kategori Emas & Perak) dan Cabutan Bulanan.

Tahun ini, BSN masih mengekalkan Cabutan Istimewa yang menawarkan hadiah RM1 juta untuk setiap bulan.

Ini bermakna, sepanjang tahun ini, seramai 12 lagi penyimpan BSN SSP bakal memenangi RM1 juta, menjadikan 83 jutawan bakal dilahirkan menerusi kempen itu menjelang akhir tahun ini.

Sementara itu, Kempen Cabutan BSN SSP 2022 mengembalikan hadiah kereta mewah BMW dalam Cabutan Bulanan untuk bulan Februari, April, Jun, Ogos, Oktober dan Disember.

BSN turut menawarkan tambahan hadiah bagi pemenang Cabutan Bulanan berupa baucar percutian bernilai RM5,000 setiap bulan, sekali gus membantu memulihkan sektor pelancongan domestik negara.

Bagi kategori baharu yang diperkenalkan pada tahun ini iaitu

'Cabutan Jantina', dua pemenang akan dipilih pada Jun dan Disember untuk membawa pulang hadiah baucar Valiram Group yang bernilai RM30,000.

BSN juga masih lagi mengekalkan kategori cabutan sama seperti tahun lalu seperti Cabutan Negeri, Cabutan Penyimpan Muda, Cabutan Penyimpan Baharu dan Cabutan Kesetiaan.

Pelanggan sedia ada boleh membuat simpanan BSN SSP menerusi kaunter cawangan BSN, mesin ATM, mesin CDM, perbankan internet myBSN atau menerusi saluran Ejen Bank BSN (EB BSN).

Bagi pelanggan baharu pula, pembelian BSN SSP boleh dibuat melalui kaunter cawangan BSN di seluruh negara.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Comments

Login to comment.