Duopharma belum lantik pengedar vaksin Sinopharm

BeritaHarian Wed, Sep 08, 2021 08:47pm - 2 years View Original


KUALA LUMPUR: Duopharma Biotech Bhd menjelaskan kumpulan itu dan anak syarikatnya belum melantik mana-mana pihak untuk mengedarkan vaksin COVID-19 Sinopharm di Malaysia.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Duopharma Biotech berkata kumpulan itu meneruskan komitmennya terhadap tadbir urus korporat yang baik dan mematuhi undang-undang.

"Kumpulan ini akan mematuhi sebarang prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan sebagaimana yang mungkin dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia untuk membekalkan vaksin Sinopharm COVID-19 kepada sektor swasta," menurut syarikat farmaseutikal itu.

Katanya, permohonan untuk pendaftaran produk farmaseutikal dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) serta jualan dan pengedaran produk farmaseutikal adalah urusan perniagaan biasa kumpulan Duopharma Biotech.

Pada Julai 2021, PBKD memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat kepada anak syarikat milik penuh Duopharma Biotech, Duopharma (M) Sdn Bhd untuk kegunaan kecemasan vaksin Sinopharm yang dibangunkan oleh China National Biotec Group.

Anak syarikat Bintai Kinden Corp Bhd, Bintai Healthcare Sdn Bhd dan NGT Solutions (M) Sdn Bhd (NGTS), penganjur penjagaan kesihatan yang dilantik oleh Duopharma Biotech bersetuju untuk mengedar secara bersama vaksin Sinopharm kepada sektor swasta di Malaysia menerusi perjanjian kerjasama perniagaan yang dimeterai antara kedua-dua pihak pada 6 September 2021.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BINTAI 0.085
BURSA 8.840
DPHARMA 1.260

Comments

Login to comment.