IPO Crest Group di Pasaran ACE terlebih langgan 73.88 kali

BeritaHarian Mon, Sep 30, 2024 06:37pm - 1 week View Original


Majlis pelancaran prospektus Crest Group sempena penyenaraian di Pasaran ACE.
Majlis pelancaran prospektus Crest Group sempena penyenaraian di Pasaran ACE.

KUALA LUMPUR: Crest Group Bhd mencatatkan kadar terlebih langgan sebanyak 73.88 kali bagi tawaran awam pemulaan (IPO) susulan penyenaraian kumpulan itu di Pasaran ACE pada 9 Oktober 2024.

IPO itu membabitkan terbitan 43.28 juta saham yang berharga 35 sen sesaham dan Crest menyasarkan untuk mengumpul RM45.75 juta.

Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan itu berkata sebanyak 33,826 permohonan untuk 3.24 bilion saham terbitan diterima daripada rakyat Malaysia.

Secara khususnya, sebanyak 15,594 permohonan untuk 1.18 bilion saham terbitan diterima bagi bahagian Bumiputera, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 53.41 kali.

Sementara itu, 18,232 permohonan untuk 2.06 bilion saham terbitan diterima bagi bahagian awam rakyat Malaysia yang lain, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 94.35 kali.

Terbitan awam IPO itu terdiri daripada 130.71 juta saham baharu, dengan 43.28 juta saham terbitan disediakan untuk permohonan oleh orang awam Malaysia.

Sebanyak 12.98 juta saham terbitan lagi disediakan untuk permohonan oleh pengarah dan pekerja yang layak dan 74.44 juta saham terbitan disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang dikenal pasti yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Sebanyak 12.98 juta saham terbitan yang disediakan untuk permohonan oleh pengarah dan pekerja yang layak telah dilanggan sepenuhnya.

IPO itu juga membabitkan tawaran untuk penjualan 103.89 juta saham sedia ada, di mana 33.76 juta daripadanya disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur bumiputera yang dikenal pasti yang diluluskan oleh MITI dan 70.13 juta disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih.

Crest menambah, MIDF Amanah Investment Bank Bhd yang merupakan penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan telah mengesahkan 74.44 juta saham terbitan dan 33.76 juta saham tawaran yang disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur bumiputera yang diluluskan oleh MITI dan 70.13 juta saham tawaran yang disediakan untuk permohonan melalui penempatan persendirian kepada pelabur terpilih telah muktamadkan sepenuhnya.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

CREST 0.350

Comments

Login to comment.