Pos Shop sasar buka 50 cawangan di seluruh Malaysia akhir 2024

BeritaHarian Sun, Jun 30, 2024 12:51pm - 5 days View Original


KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Bhd menyasarkan untuk menambah 33 lagi cawangan Pos Shop untuk menjadikan jumlah keseluruhannya kepada 50 cawangan di seluruh negara menjelang akhir tahun 2024.

Penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional itu dalam satu kenyataan berkata, ia kini mempunyai 17 lokasi Pos Shop di seluruh negara, dengan tiga di Pahang, tiga di Kuala Lumpur, dua di Selangor, dua di Perak, lima di Johor, satu di Melaka, dan satu di Negeri Sembilan.

"Langkah strategik ini menekankan komitmen Pos Malaysia untuk menyediakan kemudahan dan nilai yang lebih besar kepada komuniti di seluruh negara," katanya.

Pos Malaysia kembali meneruskan perjalanan transformasi runcitnya dengan pelancaran kedai serbaneka Pos

Shop terbaharu, cawangan ke-17 setakat ini.

Cawangan baharu itu, terletak di dalam Pejabat Pos Besar di Jalan Abdul Aziz, Kuantan, Pahang.

Pos Shop di Pejabat Pos Besar Kuantan yang berkeleluasan lebih 1,800 kaki persegi menawarkan penyelesaian sehenti untuk komuniti setempat, menggabungkan perkhidmatan pos dan bungkusan dengan ruang runcit yang selesa untuk keperluan harian.

Sebagai tambahan, Pos Shop di Kuantan mempunyai Pos Kafe yang popular di mana pelanggan boleh menikmati

pelbagai pilihan seperti secawan kopi segar, makanan ringan, dan minuman sambil menunggu bungkusan mereka atau sebelum pergi ke tempat kerja.

Pelanggan juga boleh menikmati promosi pembukaan iaitu 'beli satu percuma satu' eksklusif untuk Pos Sundaes, sementara stok masih ada.

Pelancaran Pos Shop ini sejajar dengan strategi keseluruhan Pos Malaysia untuk terus mengubah penawarannya dan berhubung dengan pelanggan di seluruh Malaysia dengan lebih baik.

Pos Malaysia berhasrat untuk membina kepercayaan dan meningkatkan kemudahan untuk menyepadukan perkhidmatan kurier dan logistiknya dengan memperkenalkan konsep runcit baharu yang menarik.

Dengan kejayaan pelancaran Pos Shop di Kuantan, Pos Malaysia kekal berdedikasi untuk mentakrifkan semula perkhidmatan pos sambil meningkatkan penawarannya bagi memenuhi keperluan pelanggan yang kian berubah dalam era digital ini.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

POS 0.425

Comments

Login to comment.