GDB dapat kontrak bernilai RM865.7 juta bina hab logistik

BeritaHarian Sun, Jun 23, 2024 02:57pm - 3 months View Original


KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh GDB Holdings Bhd, Grand Dynamic Builders Sdn Bhd dilantik sebagai kontraktor utama bagi cadangan pembinaan hab logistik di Shah Alam bernilai RM865.7 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, firma perkhidmatan pembinaan itu berkata kontrak berkenaan diperoleh menerusi surat lantikan daripada Strategic Sonata Sdn Bhd.

"Skop kontrak itu termasuk mereka bentuk, membina, dan menyelenggara kerja-kerja membabitkan gudang tanjakan lima tingkat, pejabat, dan kemudahan sokongan," katanya.

Kontrak selama 30 bulan itu dijadualkan bermula 20 Jun 2024 hingga 19 Disember 2026.

Dalam kenyataan berasingan, Pengarah Urusan Kumpulan, Cheah Ham Cheia, berkata projek itu akan mengukuhkan portfolio syarikat, yang merangkumi perumahan aras tinggi, pembangunan komersial dan bercampur serta projek hospital dan hartanah industri yang sedang berjalan.

"Kejayaan baharu ini meningkatkan nilai perolehan kontrak semasa kami kepada RM1.2 bilion, dan memberikan kami kerja sehingga 2026," katanya.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 9.550
GDB 0.305

Comments

Login to comment.