Bursa Malaysia jatuh 10.47 mata

BeritaHarian Wed, May 29, 2024 09:41pm - 1 month View Original


KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup pada paras harian yang rendah hari ini, menjejaki prestasi suram dalam bursa serantau yang lain, kata seorang penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.47 mata atau 0.64 peratus, kepada 1,605.35 berbanding 1,615.82 yang dicatatkan semalam.

Indeks penanda aras, yang dibuka 1.11 mata lebih rendah pada 1,614.71 berada pada trajektori menurun untuk baki sesi.

Di pasaran yang lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 834 berbanding 400, dengan 424 kaunter tidak berubah, 763 tidak diniagakan dan 50 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 4.73 bilion unit bernilai RM3.68 bilion daripada 4.86 bilion unit bernilai RM3.79 bilion yang dicatatkan pada Selasa.

Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd, Kenneth Leong, berkata FBM KLCI telah merosot bagi mencerminkan kerugian berturut-turut keempatnya, ini sejajar dengan kelemahan di seluruh pasaran serantau yang terjejas oleh kenyataan agresif daripada pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) yang menandakan potensi persekitaran kadar faedah yang lebih tinggi untuk tempoh yang agak lama.

Di peringkat serantau, Nikkei 225 Jepun mencatatkan kejatuhan sebanyak 0.77 peratus kepada 38,556.87, Indeks Hang Seng Hong Kong susut 1.83 peratus kepada 18,477.01, Kospi Korea Selatan turun 1.67 peratus kepada 2,677.30, manakala Indeks Komposit SSE Shanghai menokok 0.05 peratus kepada 3,111.02.

"Secara teknikal, FBM KLCI telah membentuk satu lagi petunjuk menurun apabila indeks utama menunjukkan corak penarikan balik yang dilanjutkan.

"Buat masa ini, kami menjangkakan penyatuan yang lebih ke arah penurunan yang bakal terbentuk dengan indeks utama menguji semula tahap 1,600," katanya kepada Bernama.

Melangkah ke hadapan, beliau berkata kelemahan selanjutnya mungkin berlaku di tengah-tengah ketiadaan pemangkin baharu manakala sentimen kekal tidak berubah menjelang data Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) yang merupakan pengukur pilihan Fed untuk mengukur inflasi, yang dijadualkan dikeluarkan lewat minggu ini.

Di pasaran tempatan, beliau berkata pelabur akan memantau pengumuman pendapatan korporat sehingga akhir minggu ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank serta CIMB susut empat sen, masing-masing kepada RM4.08 dan RM6.87, IHH Healthcare turun satu sen kepada RM6.19, Maybank kehilangan sembilan sen kepada RM9.90 dan Tenaga Nasional merosot enam sen kepada RM13.20.

Antara saham aktif, Market Kawan Renergy yang membuat kemunculan kali pertama di Pasaran ACE naik 16.5 sen kepada 46.5 sen, Alpha IVF Group meningkat setengah sen kepada 32 sen, manakala Epicon menyaksikan kerugian sebanyak 8.5 sen kepada 31.5 sen, AHB Holdings susut 2.5 sen kepada 12.5 sen dan Revenue Group adalah 1.5 sen lebih rendah kepada 22 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas tidak bermaya sebanyak 66.47 mata kepada 12,244.54, Indeks FBMT 100 jatuh 66.47 mata kepada 12,244.54, Indeks FBM Emas Shariah hilang 191.00 mata kepada 12,478.57, Indeks FBM ACE lemah sebanyak 49.66 mata kepada 5,439.90 dan Indeks FBM 70 rugi 48.56 mata kepada 17,642.16.

Secara sektoral, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 132.91 mata kepada 17,499.03, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.38 mata kepada 194.34, Indeks Perladangan menyusut 101.44 mata kepada 7,144.22, manakala Indeks Tenaga menambah 1.44 mata kepada 993.89.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merendah kepada 2.73 bilion unit bernilai RM3.20 bilion berbanding 2.83 bilion unit bernilai RM3.32 bilion yang dicatatkan semalam.

Perolehan waran susut kepada 1.01 bilion unit bernilai RM142.96 juta daripada 1.03 bilion unit bernilai RM151.06 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menrorot kepada 990.48 juta saham bernilai RM344.36 juta daripada 997.14 juta saham bernilai RM320.67 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 588.17 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (418.69 juta ), pembinaan (202.46 juta), teknologi (428.27 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (156.88 juta), hartanah (361.57 juta), perladangan (30.18 juta), REIT (20.55 juta), dana tertutup (15,300) , tenaga (135.10 juta), penjagaan kesihatan (125.55 juta), telekomunikasi dan media (51.75 juta), pengangkutan dan logistik (104.80 juta), utiliti (112.42 juta) serta amanah perniagaan (288,200).

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AHB 0.110
AHB-WC 0.075
ALPHA 0.305
BURSA 8.800
EPICON 0.325
FBMACE 5858.960
FBMEMAS 12282.450
FBMKLCI 1598.200
FBMSHA 12624.990
IHH 6.310
KENERGY 0.955
PBBANK 4.040
REVENUE 0.220
TENAGA 14.140

Comments

Login to comment.