Spritzer perkenal perisa baharu sempena tahun 2024

BeritaHarian Fri, Dec 15, 2023 07:14pm - 9 months View Original


KUALA LUMPUR: Spritzer Bhd memperkenalkan Spritzer Sparkling Lemon dalam usaha menambah tawaran produknya.

Spritzer dalam kenyataannya berkata, ia lanjutan daripada perisa pertama Spritzer bagi rangkaian air mineral semula jadi berkarbonat oleh syarikat sejak Disember 2022, dengan pelancaran penjenamaan semula pembungkusan baharu dikenali sebagai "Kelas Tersendiri".

"Pilihan minuman yang mementingkan kesihatan mempunyai sifar pemanis, sifar kalori, dan secara semula jadi kaya dengan mineral silika. Minuman itu menggabungkan pati perisa lemon asli dengan air mineral semula jadi yang bersumber dari hutan hujan berusia 130 juta tahun di Taiping, Perak," katanya di sini hari ini.

Kemuncak acara itu, "Hajat Tahun Baru yang Berkilauan", memberi peserta peluang unik untuk merenung tahun 2023 dan menetapkan aspirasi baharu untuk tahun yang akan datang bersama-sama dengan orang tersayang dan rakan-rakan mereka.

Acara itu akan menampilkan botol Spritzer Sparkling Lemon setinggi empat meter yang menakjubkan secara visual dihiasi dengan skrin dan lampu LED untuk dipamerkan oleh pelanggan, serta pokok Krismas elegan yang diterangi dengan tema kelestarian, yang dihasilkan daripada botol hijau Spritzer Sparkling yang tersendiri.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

SPRITZER 2.560

Comments

Login to comment.