Affin Bank perkenal Kad Kredit Aura guna bahan kitar semula

BeritaHarian Wed, Oct 18, 2023 12:28pm - 8 months View Original


KUALA LUMPUR: Affin Bank Bhd (Affin Bank) memperkenalkan kad kredit baharu dikenali sebagai Kad Kredit/-i Affin Aura diperbuat daripada bahan kitar semula.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank, Datuk Wan Razly Abdullah, berkata pelancaran kad kredit baharu ini selaras pelan strategi tiga tahun Affin akan datang iaitu Affin 2025 (Pelan A25) yang memfokuskan tiga teras.

"Ia perbankan bertanggungjawab dengan impak, perkhidmatan pelanggan tiada tandingan dan kepimpinan digital.

"Kad kredit ini juga memberikan faedah merentasi pelbagai jenis promosi yang terdiri daripada kategori seperti makan, membeli-belah, melancong dan penginapan, kecantikan dan kesihatan serta pelan ansuran," katanya dalam satu kenyataan.

Wan Razly berkata, pelanggan boleh memohon Kad Kredit/-i Affin Aura dan berpeluang memenangi wang tunai RM80,000 dengan Kempen Mohon, Belanja & Menang dengan kad Affin.

Kad kredit berkenaan menawarkan kadar faedah serendah lapan peratus setahun pada tahun pertama dan untuk tahun kedua dan seterusnya, tertakluk kepada kadar tertentu pada urus niaga runcit yang dibuat.

Untuk tahap 1, kadar faedah sembilan peratus setahun dikenakan jika pemegang kad menjelaskan bayaran minimum yang perlu dibayar dengan segera dalam 12 bulan berturut-turut.

Pada tahap 2, 12 peratus kadar faedah dikenakan jika pemegang kad menjelaskan bayaran minimum yang perlu dibayar dengan segera sekurang-kurangnya 10 bulan dalam kitaran 12 bulan, manakala tahap 3, 18 peratus kadar dikenakan jika rekod pembayaran pemegang kad tidak berada dalam senarai dinyatakan.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

AFFIN 2.490

Comments

Login to comment.