PDG dapat pembiayaan RM1.276 bilion buka kampus AI di Johor

BeritaHarian Tue, May 07, 2024 01:06pm - 1 week View Original


KUALA LUMPUR: Penyedia pusat data yang berpangkalan di Singapura, Princeton Digital Group (PDG) memperoleh pembiayaan hijau pertama bernilai RM1.276 bilion (AS$280 juta) untuk kampusnya, JH1 150 megawatt (MW) kecerdasan buatan (AI) di Sedenak Tech Park (STeP) di Johor, Malaysia.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata pembiayaan itu disediakan oleh tiga bank terkemuka iaitu Malayan Banking Bhd (Maybank), Standard Chartered Bank dan UOB Malaysia yang bertindak sebagai penyelaras pembiayaan hijau bersama.

"Pembiayaan terbabit adalah pimbiayaan hijau pertama PDG yang seiring dengan rangka kerja kewangan hijau syarikat ini.

"Ia mewakili pencapaian utama dalam menyumbang kepada meminimumkan penggunaan sumber dan pelepasan infrastruktur AI di rantau ini, memupuk daya tahan terhadap perubahan iklim dan mewujudkan impak positif kepada masyarakat," katanya.

JH1 ialah salah satu kampus AI terbesar di Asia dan direka bentuk untuk memenuhi permintaan infrastruktur beberapa syarikat AI dan teknologi awan yang terkemuka di dunia.

Projek hiperskala 150MW adalah pelaburan AS$1.5 bilion yang dirancang untuk PDG.

PDG berkata, pembiayaan berjumlah US$280 juta itu adalah untuk fasa pertama 52MW JH1 yang berada di landasan yang betul, sudah bersedia untuk beroperasi pada Jun 2024, siap dalam tempoh 12 bulan sahaja dari permulaan pembinaan.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

MAYBANK 9.920

Comments

Login to comment.